Monday, December 15, 2008

CUTI CUTI SINGAPURA

Cuti bermula 12 Disember hingga 14 Disember.

Sewaktu menunggu komuter untuk ke KL Sentral.

Bertembung dengan Puan Salasiah yang bekerja di MINT juga hendak menaiki komuter tapi ke Serdang.
Semasa di KL Central

Semasa dalam keretapi hendak ke Singapura

Tiada apa yang menarik sangat di Singapura. Saja je jalan-jalan, Cik Abang suka naik keretapi so naik keretapi le kami ke Singapura. Tempah tiket yang ada katil tu, boleh tidur je bukan nampak apa pun sebab hari malam. Sejujurnya Singapura tak le dapat menambat hati ku ini kerana aku hanya melihat bangunan tiada pepohon hijau yang dapat menyejukkan mata ini. Aku merasakan tiada kelembutan hanya keras seperti batu-batu yang menjadikan bangunan-bangunan yang tegak berdiri.

Sepanjang berada di sana kami hanya menaiki MRT dan berjalan kaki. Cik Abang betul-betul mendera kami anak beranak. Aku naik sengal satu badan tambahan pula kaki aku memanglah almaklum memang sakit. Aku hairan jugak tengok si kecik Mardhiyah begitu larat berjalan dan sentiasa di hadapan bersama abahnya.

Aku begitu sedih dan pilu kali ini sewaktu berada di Singapura. Betapa sunyinya mata ini untuk melihat kelibat orang Melayu di sini. Seakan-akan pupus dari bumi Singapura. Sewaktu membeli belah kita di Malaysia tak le risau sangat tentang nak bersolat, sebab alhamdullillah ada surau disediakan di pusat membeli belah. Tapi di Singapura kita terpaksa mencari masjid dan pandai-pandai le budget masa nak membeli belah. Tentulah tak sama macam kita di Malaysia ni, namun jauh di sudut hati aku berdoa agar kita orang Melayu di Malaysia dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Insyaallah kita mohon agar Allah sentiasa memberi kita keberkatan hidup di dunia yang sementara ini, agar hati kita tetap mengingatiNya.

Bab tempat-tempat yang kami lawati aku tak payah cerita sebab nanti Cik Abang akan buat ‘karangan’ di blog dia. Cuma aku nak kongsi apa yang aku beli di sana. Nak kira duit Singapura dah memang mahal, tapi anak-anak dok cakap

“ibu kalau nak beli tak payah convert-convert beli je”. Aku pun ikut je le cakap dia orang.

Barang-barang yang aku beli
Sandal Hush Puppies
Offer SGD39.00









Kain Batik Lepas
SGD10.00 sehelai. Beli di Arab Street










Fabrik
SGD20.00 Beli di Princess, Arab Street








Kasut Everlast
Memang dah janji dengan Kakak nak beli kasut Everlast, tapi tak jugak dapat beli di Sunway Pyramid tiada kesempatan nak ke sana. Ada di sini beli je lah.
Harga SGD39.90.









Selipar
Beli selipar untuk 2 orang anak bujang sebab kaki dah sakit.
Selipar Everlast sepasang SGD19.90









Sandal CROC









1 comment:

Princess Diary said...

wahh...cepatnye wan cu dh update...byk shopping yek..