Showing posts with label MASAKAN. Show all posts
Showing posts with label MASAKAN. Show all posts

Monday, April 13, 2009

BINGKA UBI KAYU

Semasa Mak Mentua ada di rumah kami tempoh hari aku mengambil kesempatan belajar membuat bingka ubi kayu. Kebetulan ada pokok ubi di tepi rumah, namun selama ini tak pernahlah nak korek-korek. Mak Mentua kata "Sam, mak tengok isi ubi tu dah besar kenapalah tak dikorek boleh buat kuih." Aku pun jawab "alah emak bukannya sam larat nak korek". Dapat lah banyak juga dan dapat lah membuat kuih 2 jenis. Satu Bingka ubi dan satu lagi talam ubi.

Yang aku buat Bingka UBi.....


BINGKA UBI KAYU

Sunday, December 21, 2008

MASAKAN

19/12/2008
Hari ni aku terlebih rajin. Aku masak gulai jering, ikan kerisi masak sambal dan juga mencuba resipi kuih talam. Jadilah juga resepi kuih talam tu tapi anak-anak kurang gemar. Gulai jering tu memang kegemaran ku maklumlah ada darah Minang tapi sejak akhir-akhir ni aku kurang makan sebab kaki sakit disebabkan gout kot. Anak-nak bising, kata mereka “kalau ibu tak leh makan takkan kami pun tak dapat makan”. Jadi sekali sekala tu masaklah juga. Ikan kerisi masak sambal kegemaran Mardhiyah.
Gulai jering dan Kerisi Masak Sambal

Kuih Talam