Wednesday, November 4, 2009

FACE TOWEL SULAM



Adik ipar baik hati nak bagi business katanya, jadi diminta untuk menyulam towel sebanyak 80 helai dengan wordings “ Cameron Highlands Dalam Kenangan Form 6 2009”. Dia telefon hari Ahad dan nak guna pada Ahad berikutnya.Dia pula tinggal di Kulim, Kedah.Macam mana ya, nak ditolak sayang juga aku baru nak berjinak-jinak buat business.Alhamdullillah stok face towel ada dalam koleksi aku maka jimatlah masa hendak mencari dan membeli.Tapi dalam masa yang singkat terpaksa aku pulun habis menyulam dengan menggunakan satu sahaja mesin iaitu Janome MC350E. Selama 3 hari aku tumpukan pada kerja-kerja menyulam ni dan hari Khamis aku poskan dengan menggunakan Pos Laju dengan harapan Jumaat sampai. Tapi aku terlepas pandang hari Jumaat Kedah cuti jadi sampainya tentu hari Sabtu. Kalau tak pun memang tak boleh siap.

SARUNG KUSYEN

Tiada apa yang baru untuk perhiasan rumah ku sempena Hari Raya yang lepas cukup sekadar aku menjahit sarung kusyen yang baru. Dah ada mesin sulam apa guna kalau tak menggunakannya untuk membuat kerja-kerja menyulam. Jadi inilah hasilnya…..tapi sebenar kainnya warna hijau disebabkan amatur yang mengambil gambar jadi warnanya telah bertukar.





WRISTLET

Asyik tengok blog crafter lain menghasilkan wristlet yang cantik-cantik tergerak juga hati ingin mencuba. Nasib baik jumpa tutorial macam mana nak buat wristlet jadi berkat kesungguhan nak juga seperti orang lain maka terhasillah pouch yang tak sepertinya. Kain yang digunakan adalah kain perca kain cotton yang murah sahaja.

MY WRISTLET

ANAK SAUDARA BERTUNANG

Kedua-dua anak saudara lelaki aku bertunang pada tahun ni. Jadi untuk kedua-duanya aku sponsorlah towel bersulam. Untuk anak saudara ku Abdul Fatah aku sempat membuat sulam bunga dengan perkataannya sekali.




Untuk anak saudara ku Nan pula disebabkan kesuntukan masa terpaksalah aku mencari towel yang telah siap bersulam bunga cuma aku perlu menyulam perkataannya sahaja.


BATIK ELA

Kain ini di beli di Atma Alam Batik Art Village, Langkawi.


BATIK COTTON
BATIK COTTON

KAIN SEPERAH BATIK

Masa dulu-dulu selalu kita lihat dibentangkan kain seperah sewaktu menjamu tetamu dengan makanan dan minuman. Yalah waktu tu kita hanya duduk bersila di bawah tidak duduk di kerusi makan. Ini mengimbau kembali kenangan sewaktu arwah bapak selalu membawa aku menziarahi kawan-kawannya yang tinggal di kampung. Seingat aku waktu itu aku tinggal di Sungkai. Kini aku dalam proses mengumpul kain seperah batik sebagai koleksi ditambah pula aku selalu menghidang makanan di bawah sahaja tidak di meja makan. Sewaktu aku melawat Langkawi pada bulan Jun 2009 yang lalu aku mencari seperah ini di Langkawi Craft Complex. Dapatlah 2 helai sahaja itu pun last kopek, tiada pilihan langsung.

Seperah Batik

Monday, September 7, 2009

BATIK ELA

Tidak ketinggalan batik ela aku beli sebanyak 3 pasang(setiap pasang 2 meter) menambahkan lagi koleksi fabrik ku. Bila senang-senang akan ku buat baju.
BATIK COTTON

BATIK SARONG

Aku sangat suka mengumpul kain batik sarong. Beli di Pasar Payang, Kuala Terengganu

BATIK SARONG

BATIK SARONG

BATIK SARONG

Monday, July 27, 2009

KAIN SEPERAH (TABLECLOTH)

Sebelum ini aku jahitkan kain seperah untuk MakNgah(my kakak), tapi kali ini aku jahitkan untuk adik ipar ku. Adalah sebanyak 10 helai dan aku sulam mesin.

Ini sebahagian dari kain seperah yang sempat diambil gambar tapi agak kurang jelas.


KAIN SEPERAH











Tuesday, July 14, 2009

BLOUSES

I made 3 blouses from the fabric that I bought recently from Casa Moda and Kamdar. But this time I made a slit at the bottom of the blouses.

BLOUSE

BLOUSE

BLOUSE


A simple neckline


A slit at the bottom of my blouse

SULAMAN TOWEL

Atas permintaan anak perempuan ku Kakcik, aku sulamkan towel untuk harijadi kawan dia.

Tuesday, June 16, 2009

FABRIK

Aku beli 2 pasang kain di Casa Moda, Seremban dan sepasang di Kamdar.



BIANCHI BICYCLE

25/5/2009
First day cycling with my new Bianchi bicycle which I bought on Saturday. Its orange colour. My
husband took me cycle just around Bandar Seri Putra.

Thursday, June 4, 2009

TRIP TO KUALA GANDAH 9-10 Mei 2009

KUALA GANDAH 9/5/2009

Dari Bandar Seri Putra 8.30 pagi dan sampai agak-agak 11.30 pagi.

Kami bermalam di BUMAN SURI (BS) BIOPURPOSE RESORT, Kampung Sokmek, Bolok Hulu, Lanchang




Kami semua menginap di resort ni, menikmati suasana kampong. Terdapat 7 chalet yang diperbuat daripada buluh. Ada 3 buah kolam ikan, 2 yang biasa dan satu lagi kolam menternak ikan dalam sangkar.




Kami makan tengahari dulu sebelum pergi menengok gajah dengan menunya ayam masam lemak, kerabu pucuk paku, sambal belacan dan ulam raja.






KUALA GANDAH NATIONAL ELEPHANT (SANTUARY) CONSERVATION CENTRE, LANCHANG, PAHANG (Pusat Pemuliharaan Gajah, Jabatan Perhilitan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang

4 activities that we went through
1. Video show
2. Cleaning & Hand Feeding
3. Elephant ride
4. Bathing with the elephant











4.00 petang balik ke resort dan selepas minum petang bermulalah sesi memasang khemah sambil bersantai.


Sebelah malam pula selepas makan malam kita orang buat barbercue, unggun api diikuti acara untuk kanak-kanak diketuai oleh Saudara Zam. It was fun for the kids. Para bapak pun seronok juga menyanyi nak melepas geram, melontarkan suara.




10/5/2009
Pagi yang indah dan mendamaikan,

Aktiviti hari ini pula ialah melawat Deerfarm.(DEERLAND "WORLD OF NATURE")