Monday, December 22, 2008

SHAH ALAM

21/12/2008
Hari ni ronda-ronda Shah Alam.
Bermula dengan…......

Jemputan Majlis Perkhawinan anak Puan Sharozat Ibrahim
Puan Shahrozat merupakan kenalan semasa aku bekerja di Perpustakaan Negara dulu. Majlis diadakan di Plaza PKPS tingkat 4 tapi aku tak ingat nama dewan tu. Aku memang mengira hari untuk ke majlis ini kerana aku ingin bertemu dengan kawan-kawan lama. Yang sempat aku temui ialah Puan Nora, Puan Yatimah dan Encik Rahman Sudin. Lepas jugaklah rindu pada kawan-kawan lama.

Puan Sharozat Ibrahim

Puan Yatimah

Encik Rahman Sudin bersama anak-anak
Nasi Ayam di Seksyen 11
Memandangkan ketiga-tiga anak dara aku ikut bersama tapi dia orang taklah ke jemputan tu tadi maka perut diaorang perlulah diisi. Maka Kakak Zara nak makan nasi ayam di Seksyen 11, gerai Pak Mal. Jadi kesitu lah kami. The girls makan nasi ayam dan aku makan soto.
Gerai Pak Mal
Nasi Ayam





Solat
Selepas makan kami ke madrasah di Seksyen 11, tak ingat le nama madrasah tu, menunai solat.

Plaza Masalam
Aku ajak Cik Abang ke Plaza Masalam sebab aku berhajat nak membeli tudung. Hari tu aku pergi tapi tudung dah habis. Alhamdullillah kali ini tidak menghampakan cuma warna-warna yang aku inginkan tak ada.

Tudung

Terserempak pula dengan Noreha di pintu masuk Plaza tu. Dia memanglah tinggal di Shah Alam dan pensyarah di UiTM.

Bersama Noreha

Jaya Jusco Bukit Tinggi Kelang
Apa lagi kalau datang sini tak shopping. Cik Abang beli kasut. Mardhiyah beli seluar dan underwear, maklumlah tahun depan nak darjah satu. Anak dara 2 orang tu beli selipar sepasang seorang.

SACC Mall
Keluar dari Bukit Tinggi Kelang ingatkan Cik Abang nak terus balik rupa-rupanya melencong balik ke Shah Alam ke SACC Mall. Cik Abang kalau ke sini tak sah kalau tak pergi melawat lukisan di galeri di situ. Mula-mula tak nak masuk memandang tuan punya geleri nak tutup galeri…..tapi rupa-rupanya tuan punya galeri dah kenal muka Cik Abang lalu dia pun tak jadi tutup terus mengajak kami masuk. Bila dah masuk jangan kata satu lukisan tapi banyak yang diminati. Akhirnya terbeli juga 2 buah lukisan hasil pelukis Puan Meriam Omar. Lukisan beliau aku minati walaupun aku ni bukan ada latarbelakang seni tapi aku suka lukisan yang berlatarbelakangkan alam dengan warna-warna yang menceriakan. Terasa damai di hati, tapi jangan korang gelakkan aku sebab 1 lukisan sebelum ini aku letak dalam toilet. Satu daripada lukisan yang Cik Abang beli tu sebenarnya pilihan hati ku juga aku nak letak dalam toilet.

Bersama pelukis Puan Meriam Omar

Cik Abang beli baju dan seluar di Butik Piere Cardin.

Mardhiyah beli tudung di Butik Al Amin konon-konon nak belajar pakai tudung. Aminn……

So cute......




Seksyen 2 Shah Alam
Dalam perjalanan balik kakak bagi tahu yang dia nak beli barang lukisan di Seksyen 2. Nasib baik kami sempat berpatah balik kerana Cik Abang tak kan free minggu depan dan kakak pun nak balik ke Terengganu maka kami terus ke salah satu kedai yang menjual alat-alat lukisan di Seksyen 2 tu. Selesai urusan di situ kami pun terus balik. Singgah dulu di kawasan rehat Dengkil untuk solat dan makan. Sampai rumah 11.30 malam.

2 comments:

Abdul said...

Mai macam dlm citer 'Tentang Bulan'

Alif ehsan said...

kedai alat-alat melukis kat section 2 kat ner..zzzz