Sunday, December 21, 2008

MELAKA

20/12/2008
Sebelum ke Mahkota Parade singgah dulu makan rojak, mee rebus dan cendul di tepi jalan di Bukit Cina, Melaka. Boleh tahanlah rojak dan mee rebusnya. Selain dari tu ada juga mee goreng tapi masa sampai tukang masak belum ready. Tak dapatlah nak rasa. Patutnya Shah Rukh Khan promote beginilah biar satu dunia tahu masakan di negeri Melaka selain Asam Pedas. Cuba tanya Shah Rukh Khan samada dia tahu tak Asam Pedas dan pernah tak dia makan. Kalau tahu berbaloilah Gelaran Dato’ dia tu.




Rojak Mee

Rojak
Cendul

Selepas makan-makan baru kami ke Mahkota Parade. Pergi Parkson Parade beli keperluan sekolah Mardhiyah selepas tu duduk santai di dataran Pahlawan atas rumput.



Sebelah malamnya kami pergi makan ikan bakar di Pernu/Umbai Melaka. Tempat ini merupakan satu tarikan kepada orang ramai untuk datang ke negeri Melaka untuk menikmati makanan hasil laut yang segar. Harap-harap segar le ya. Ajak anak-anak saudara tapi semua sibuk jadi tak seorang pun nak sertai kami. Kali ini kami ke Gerai No.1 sebab lain-lain gerai telah kami lawati di samping untuk mengetahui sejauhmana servis dan makanan yang disediakan. Bolehle .......Tapi Ikan Siakap 3 rasa masih tak boleh lawan di Duyung, sampai aku menjilat jari. Gravynya sedap hopely next trip ke Duyung lagi sekali.



Siakap 3 Rasa
Pepes Pari

1 comment:

arein said...

oo..g melaka...
hehehe