Sehari sebelum hari terakhir Pesta Buku iaitu Sabtu 25 April sekali lagi aku pergi, tapi kali ini memang aku nak borong pun. Creative Enterprise menawarkan novel-novel yang bukan terkini dengan harga RM5.00 senaskah. Apa lagi borong….. borong……..boronglah. Yahooo…..Aku pergi ke Gerai Alaf 21 beli buku karya Lily Haslina Nasir dan Rose Iskandar(Nora Ismail) . Pekan Ilmu pula aku beli karya Abot yang di pesan oleh anak aku Zahra yang sedang belajar di Kuala Terengganu. Sebenarnya aku tak puas hati sebab aku nak beli banyak lagi, tapi malangnya ATM Machine Maybank tak ada. Kecewa benar rasa hati ku. Namun aku tetap rasa gembira sebab buku-buku yang aku beli bolehlah jadi stok untuk satu tahun. Betul ke….atau tak sampai berapa hari je…..buku-buku tu habis dibaca. Anyway aku gembira juga sekurang-kurangnya aku menyokong industri buku tempatan. Kalau tidak kita siapa lagi. Sama je novel orang putih tu…..Dari remaja dulu baca Enid Blytonlah, Sidney Sheldon lah….dan ramai lagi.Kini dah ada penulis tempatan jangan kita pelekehkan mereka. Mereka juga ada bakat masing-masing.
Wednesday, April 29, 2009
METUDDIN IS IN TOWN
Beberapa hari sebelum heboh diwar-warkan Metudin is in town. So dijemput kawan-kawan agar dapat kita gather and meet Metuddin. Metuddin is our classmate KSPM 1982-1985, UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya. Datang jauh-jauh dari Brunei takkan tak nak jumpa kawan lama. Bukan senang nak jumpa pun. So hari Khamis 23 April pergi Pan Pac KL jumpa Metuddin. Dia datang Malaysia buat book selection kot kat Bookfair di PWTC, bersebelahan dengan hotel Seri Pacific(dulunya Pan Pac)tempat dia menginap.. So beberapa orang kawan yang manage to come are Aida, Zain, Ani Jay, Rosenah, Zali(cik abang) and myself. We had a nice time chatting, talking and laughing about our good old days. Terasa muda gitu…..memang selalu muda pun.
Zali, Zain, Aida, Metuddin, Ani Jay, Jie and myself.
Metuddin, Ani Jay, Jie and myself.(Photo dr camera Aida)
Ani Jay and Jie
Aida dengan Metuddin rancak berbual pasal golf.
Zain, Aida and Metuddin
Sebelum tu tengahari Aida called bertanya samada aku pergi ke tak. Kalau aku pergi dia pergi. Setelah berbelas tahun tak berjumpa kerinduan ku pada Aida terubat jua pada malam tu. Kenangan bersama Aida sewaktu belajar tu amat manis macam ada sentimental value gitu.
Ani Jay, Jie, myself and Aida (Photo dr camera Aida)
Ani Jay seperti biasa akan bagi token untuk kawan-kawan. So aku dan Zali dapat ini. Thank You Ani.

Tuesday, April 21, 2009
PESTA BUKU 2009
Pesta Buku 2009 bermula 17 April tapi kami berkesempatan pergi pada hari Sabtu nak bawa budak-budak sekali. Amboi bukan main seronok Kakcik maklumlah nak jumpa menulis pujaan hati Ain Maisarah. Kakcik boleh menangis semata-mata kerana tak dapat tandatangan Ain Maisarah sebab terlalu ramai orang. Tapi aku beritahu dia “yang nak nangis tu apa pasal, pergi jelah berbaris bukan nak balik lagi. Abah ibu pun tak puas round lagi.” Dia pun pergi sementara kami terus ronda-ronda mencari buku yang berkenan di hati. Seketika kemudian dia datang jumpa kita orang dengan muka yang manis maklumlah dah dapat tandatangan dan siap bergambar lagi. Pada Ain Maisarah jika anda terbaca blog ini, itulah penangan awak kalau tak alamat menangis dan tak dapat tidurlah anak aku sorang ni.
Sementara aku pula dapat bertemu dengan ketiga-tiga penulis kegemaran ku iaitu Aina Emir, Mimie Afinie dan Norhayati Berahim. Aina Emir dengan bukunya “Matahariku”, Mimie dengan “Bila Dah Suka” dan Norhayati Berahim dengan “Setiap Jumaat”. Buku Mimie ku baca sampai ke pagi, siap tak tidur. Nasib baik esoknya hari Ahad, kalau tak mengantuklah bawa kereta menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah.

Monday, April 13, 2009
BLOUSE BATIK
Aku kan suka beli batik sarung. Bila melihat kain-kain tu yang banyak dalam beg bakul ku berdetik di hati apa salahnya kalau aku buat baju. Tapi kain batik sarung memang payah sikit sebab bunganya yang tidak sekata. Anyway aku cuba letak pola baju atas kain tu dan akhirnya ke berjaya juga buat baju walaupun aku bukan designer mahu pun professional tailor
BLOUSE BATIK
POKOK CINTA KU
Masih lagi aku teringat sebelum hubby ku (waktu tu dia tunang ku)nak pergi ke US untuk buat Masters, dia hadiahkan ku a pot of plant beserta dengan sekeping kad.
Inilah pokok itu sekarang.
Waktu tu pokok tu sebagai pengubat rindu di hati…….feeling lak……anak-anak tak tahu cerita ni, memang aku jarang bercerita tentang cinta kami. Pejam celik pokok itu dah berumur 24 tahun.
Sewaktu hati dilanda sedih dan keresahan,tengok pokok itu je boleh mendamaikan hati ku walaupun dia berjauhan selama setahun setengah nun berada di seberang lautan. Pokok itu ibarat kasih ku yang masih mekar dan segar. Tunas kasih yang dia semai ku siram dengan air dan kubaja agar dia subur. Insyaallah……moga Allah berkati kehidupan kami yang sederhana ini.
Inilah pokok itu sekarang.
Beserta dengan kad

BINGKA UBI KAYU
Semasa Mak Mentua ada di rumah kami tempoh hari aku mengambil kesempatan belajar membuat bingka ubi kayu. Kebetulan ada pokok ubi di tepi rumah, namun selama ini tak pernahlah nak korek-korek. Mak Mentua kata "Sam, mak tengok isi ubi tu dah besar kenapalah tak dikorek boleh buat kuih." Aku pun jawab "alah emak bukannya sam larat nak korek". Dapat lah banyak juga dan dapat lah membuat kuih 2 jenis. Satu Bingka ubi dan satu lagi talam ubi.
Yang aku buat Bingka UBi.....
BINGKA UBI KAYU
Yang aku buat Bingka UBi.....
BINGKA UBI KAYU
Subscribe to:
Posts (Atom)