Walaupun aku dah bersara selama tujuh tahun namun di sudut hati masih ada kerinduan pada profesion ini. Tapi apakan daya tuntutan sebagai ibu lebih mengamit ku pada tanggungjawab mengurus anak-anak. Rumah ku tidak seperti rumah orang lain dengan perabut dan perhiasan yang canggih tapi rumah ku di penuhi dengan buku-buku malah di tangga rumah juga terpaksa ku letakkan majalah-majalah kerana tiada ruang. Buku-buku yang ada aku katalog perlahan-lahan dan susun di rak buku. Aku tak adalah menggunakan system pengkelasan yang canggih sekadar Dewey Decimal Classification. Nombornya pun yang simple-simple aje. Setakat ini dah 800 buah buku yang dikatalog, bolehlah dikategori sebagai perpustakaan mini.
Rak buku
Buku yang dikatalog
Novel Melayu yang dikatalog
Majalah yang diletakkan ditangga