Adik ipar baik hati nak bagi business katanya, jadi diminta untuk menyulam towel sebanyak 80 helai dengan wordings “ Cameron Highlands Dalam Kenangan Form 6 2009”. Dia telefon hari Ahad dan nak guna pada Ahad berikutnya.Dia pula tinggal di Kulim, Kedah.Macam mana ya, nak ditolak sayang juga aku baru nak berjinak-jinak buat business.Alhamdullillah stok face towel ada dalam koleksi aku maka jimatlah masa hendak mencari dan membeli.Tapi dalam masa yang singkat terpaksa aku pulun habis menyulam dengan menggunakan satu sahaja mesin iaitu Janome MC350E. Selama 3 hari aku tumpukan pada kerja-kerja menyulam ni dan hari Khamis aku poskan dengan menggunakan Pos Laju dengan harapan Jumaat sampai. Tapi aku terlepas pandang hari Jumaat Kedah cuti jadi sampainya tentu hari Sabtu. Kalau tak pun memang tak boleh siap.
Wednesday, November 4, 2009
SARUNG KUSYEN
Tiada apa yang baru untuk perhiasan rumah ku sempena Hari Raya yang lepas cukup sekadar aku menjahit sarung kusyen yang baru. Dah ada mesin sulam apa guna kalau tak menggunakannya untuk membuat kerja-kerja menyulam. Jadi inilah hasilnya…..tapi sebenar kainnya warna hijau disebabkan amatur yang mengambil gambar jadi warnanya telah bertukar.
WRISTLET
Asyik tengok blog crafter lain menghasilkan wristlet yang cantik-cantik tergerak juga hati ingin mencuba. Nasib baik jumpa tutorial macam mana nak buat wristlet jadi berkat kesungguhan nak juga seperti orang lain maka terhasillah pouch yang tak sepertinya. Kain yang digunakan adalah kain perca kain cotton yang murah sahaja.
MY WRISTLET
ANAK SAUDARA BERTUNANG
Kedua-dua anak saudara lelaki aku bertunang pada tahun ni. Jadi untuk kedua-duanya aku sponsorlah towel bersulam. Untuk anak saudara ku Abdul Fatah aku sempat membuat sulam bunga dengan perkataannya sekali.
Untuk anak saudara ku Nan pula disebabkan kesuntukan masa terpaksalah aku mencari towel yang telah siap bersulam bunga cuma aku perlu menyulam perkataannya sahaja.
Untuk anak saudara ku Nan pula disebabkan kesuntukan masa terpaksalah aku mencari towel yang telah siap bersulam bunga cuma aku perlu menyulam perkataannya sahaja.
KAIN SEPERAH BATIK
Masa dulu-dulu selalu kita lihat dibentangkan kain seperah sewaktu menjamu tetamu dengan makanan dan minuman. Yalah waktu tu kita hanya duduk bersila di bawah tidak duduk di kerusi makan. Ini mengimbau kembali kenangan sewaktu arwah bapak selalu membawa aku menziarahi kawan-kawannya yang tinggal di kampung. Seingat aku waktu itu aku tinggal di Sungkai. Kini aku dalam proses mengumpul kain seperah batik sebagai koleksi ditambah pula aku selalu menghidang makanan di bawah sahaja tidak di meja makan. Sewaktu aku melawat Langkawi pada bulan Jun 2009 yang lalu aku mencari seperah ini di Langkawi Craft Complex. Dapatlah 2 helai sahaja itu pun last kopek, tiada pilihan langsung.
Seperah Batik
Subscribe to:
Posts (Atom)