Wednesday, February 11, 2009

FABRIK

Aku telah membeli beberapa helai kain cotton viscose dari Casa Moda di Seremban.


Yang ini pula aku beli daripada Snazzy &Such.



Kain ini pula dari butik DAUN di Warta, Bangi.

Wednesday, February 4, 2009

BLOUSE

Blouse yang telah aku siap jahit daripada fabric yang aku beli daripada Shenzhen. Masih ada fabrik dalam simpanan ku.

MAKAN DI AUNTY AINI'S GARDEN CAFE

9/1/2009
Abah merancang untuk makan di Aunty Aini’s Garden CafĂ© di Kampung Chelet, Nilai. . Sehari sebelum tu memang abah nak ke situ tapi apabila menghubungi abang Fatah untuk ajak dia makan dia pulak ada hal. So today dapat jugak pergi makan kat situ. Kebetulan pula Maksu sekeluarga ada di rumah kami tolak Kak Long dengan Ariff. We also invited MakNgah’s family to join us.
Main menu dia masakan kampong dengan Western Food. Baqir, Abang Fath, Along, Imah, Maksu dan Paksu makan masakan kampong. Apa lagi Baqir orderlah Gulai Lemak Daging, Tempoyak Udang, Asam Pedas dan lain…lain….lagi…….Peluang dia untuk makan




Asam Pedas Jenahak
Masak Lemak Daging
Tempoyak Udang
Amboi-amboi Baqir syoknya makan. Orang disebelah pun sama ye......

Monday, January 19, 2009

KAWAN ABAH DATANG RUMAH

2/1/2009
Hari ini aku hantar Mar pergi sesi orientasi sekolah dia dan waktu yang sama juga bos dan staf abah datang melawat dia yang patah tulang kat bahunya akibat jatuh basikal. Kelakar pun ada juga waktu kecil-kecil dulu tak pula jatuh waktu main basikal ini dah tua-tua begini aduh…..tulang pun dah reput. Tapi nak kata macam mana konon nak exercise. Sampai di rumah aku tengok ada hamper dengan sebalang cookies Famous Amos.



MINGGU PERTAMA SEKOLAH

5/1/2008
Minggu pertama ini jalan ke sekolah menengah anak-anak aku kelihatan sesak. Maklumlah sekolah rendah bersebelahan dengan sekolah menengah. Emak bapak yang menghantar anak ke sekolah rendah terpaksa meletakkan kereta melangkau ke kawasan sekolah menengah. Jalan menghala kesekolah sesak membuatkan aku berhenti di tepi jalan sebelum ke kawasan sekolah dan sempat aku merakamkan kenderaan yang menghala ke kawasan sekolah.







Thursday, January 1, 2009

SESI ORIENTASI PRA SEKOLAH 2009

2/1/2009
Hari ini Mar pergi sekolah untuk sesi orientasi pra sekolah 2009. Dah darjah satu rupanya anak aku. Terasa macam baru semalam je aku melahirkan dia…..tup…..tup dah darjah satu……Masih aku ingat sewaktu aku melahirkan dia Kakcik Darjah Satu. Waktu dia kecil terpaksa aku bawa dia masuk keluar kereta sebab nak menghantar abang kakak ke sekolah. Aku masukkan dia dalam basket dan basket tu masih tersimpan elok dalam kabinet aku. Naik lunyai le juga dia……

Mar sekolah Kebangsaan Bangi sementara menunggu sekolah Bandar Seri Putra siap dan dijangka akan beroperasi pertengahan 2009. Harap-harap begitulah…..

Mar sebelum ke sekolah



Mar sewaktu dalam kelas

Monday, December 22, 2008

PUSTAKAWAN

Walaupun aku dah bersara selama tujuh tahun namun di sudut hati masih ada kerinduan pada profesion ini. Tapi apakan daya tuntutan sebagai ibu lebih mengamit ku pada tanggungjawab mengurus anak-anak. Rumah ku tidak seperti rumah orang lain dengan perabut dan perhiasan yang canggih tapi rumah ku di penuhi dengan buku-buku malah di tangga rumah juga terpaksa ku letakkan majalah-majalah kerana tiada ruang. Buku-buku yang ada aku katalog perlahan-lahan dan susun di rak buku. Aku tak adalah menggunakan system pengkelasan yang canggih sekadar Dewey Decimal Classification. Nombornya pun yang simple-simple aje. Setakat ini dah 800 buah buku yang dikatalog, bolehlah dikategori sebagai perpustakaan mini.
Rak buku
Buku yang dikatalog
Novel Melayu yang dikatalog
Majalah yang diletakkan ditangga