Monday, November 3, 2008

KAIN BATIK LEPAS

Tak ketinggalan juga kain batik lepas untuk menambah koleksi ku. Aku beli 2 helai kain batik lepas, sehelai aku beli di Noor Arfa Batik harga RM20.00. Sehelai lagi aku beli di Pasar Payang harga RM15.00, siap jahit di kedua-dua tepi kain tetapi tidak pada kain yang aku beli di Noor Arfa Batik terpaksa pulak kita sendiri yang jahit.
Yang purple tu Kain Batik Lepas Noor Arfa, satu lagi dari Indonesia.

BATIK SARONG

Sempat juga aku membeli beberapa helai kain batik sarong di kompleks baru tu. Nama kedainya
Wan Boutique Collection.








Wan Boutique Collection






Batik Sarong yang aku beli di Wan Boutique Colletion.
Ini akan menambahkan koleksi batik sarong ku yang sudah penuh sebakul besar.

BATIK COP KAIN COTTON

Di Pasar Payang aku membeli Batik Ela Cotton semeter RM14.50, agak-agak gitu le aku pun dah lupa.







Batik Ela Cotton

KAIN BATIK SUTERA

Sewaktu menghantar anak dara balik ke kolej di Terengganu selepas Hari Raya hari tu aku mengambil kesempatan pergi ke Pasar Payang. Namun kali ini telah ada satu shopping complex yang baru berhadapan dengan Pasar Payang. Aku beli sepasang sutera batik dan hubby beli sehelai baju batik kemeja .

NOVELIST

25/10/2008
Sempat singgah ke MPH di Alamanda walaupun dalam kekalutan mengejar masa untuk balik kerana anak bujang nak tengok bola maklumlah peminat Manchester United. Bila aku membelek-belek novel-novel yang ada di rak buku aku ternampak nama “Zara Aluwi” dengan judul bukunya “Belahan Jiwa” terbitan NB Kara. Terdetik di hati is that name someone that I knew before. So bila balik bukalah blog Norhayati Berahim, pergi ke link Zara Aluwi. Aku pun bacalah biodata Zara, sah memanglah dia yang aku kenal. Rupa-rupanya dah jadi penulis novel. Aku pun e-mail mengucapkan tahniah pada beliau. Its really nice to know she’s a a writer now. Tahniah again Kak Zara.

Saturday, September 20, 2008

CUSHION COVERS

20/9/2008
I manage to embroider 3 cushion covers using my machine MC350E. Ready to be used by this coming Hari Raya.












Wednesday, September 17, 2008

MUFFIN

Minggu pertama bulan puasa ni aku mencuba membuat muffin. Resepinya aku ambil dari buku Aneka Hidangan Muffin /selengagaraan Sa'adiah Mohammad.- Shah Alam : Alaf 21, 2004. Nama resepinya Muffin Si Comel.