Friday, February 15, 2008

KAIN BATIK LEPAS

Bukan saja kain batik lepas digunakan semasa kematian tapi ia digunakan untuk dibuat selimut, kaftan, kain sarong, baby sling, shawl dll. Kain batik lepas lebih panjang daripada batik sarong.

Koleksi Kain Batik Lepas ku

BATIK SARONG

Kenapa aku suka pada batik sarong? Adakah kerana emak aku yang sememangnya pakai kain sarong setiap hari atau pun kerana darah keturunan ku yang mengalir dalam tubuh ini. Aku tak tahu kenapa tapi sejak akhir-akhir aku gemar mengumpul kain batik sarong. Kain batik sarong banyak kegunaannya bukan sahaja dipakai basahan tetapi boleh dibuat tudung, buaian, untuk dipakai waktu mandi, baju, seluar, skirt dll. Selain itu aku suka tengok corak-coraknya yang berlatar belakang bunga-bungaan dengan pelbagai warna.

Ini koleksi kain batik ku

















Ini Kain batik Sarawak yang aku beli di Sarawak hujung tahun 2007