Sunday, November 16, 2008

BLOUSE

Masa aku pergi Shenzhen pada bulan Jun 2008 aku beli beberapa pasang kain cotton. Bukan 2 atau 3 pasang tapi puluh puluh helai jugak lah. Memang gila betul banyak juga yang aku borong. Budak-budak dok kata,
“ibu nak jual ke…..”
aku jawab “oh no…. ibu nak buat projek……”
cukup le untuk setahun untuk mengisi masa agar my life won’t be boring. Jadi tiga pasang telah
aku buat blouse. Yang lain-lain tunggu…….

Gambar baju tengah blur....sikit....

Monday, November 10, 2008

TABLECLOTH

Orang dulu-dulu sebut kain spra. Kain yang dibentang sewaktu nak menghidang minuman atau makanan. Orang putih sebut tablecloth gitu. Sewaktu membuat cushion covers untuk Kak Ngah dapatlah sehelai kain spra. Aku sulam simple je. Bunga di setiap 4 bucu kain.







Tablecloth yang disulam simple.

Sunday, November 9, 2008

CUSHION COVERS

Hari tu Kak Ngah ku ada bagi kain, katanya dia tak nak. So aku ambik le without planning to do what. Tup tup aku dah ada mesin Janome MC350E jadi aku pun buatkan dia cushion covers. Takde le cantik sangat tapi boleh le daripada kain tak dibuat apa2, lapang le sikit kotak kain aku tu.

Kak Ngah tengah membelek cushion cover tu.









Semuanya 7 helai cushion covers yang aku buat

Monday, November 3, 2008

KAIN BATIK LEPAS

Tak ketinggalan juga kain batik lepas untuk menambah koleksi ku. Aku beli 2 helai kain batik lepas, sehelai aku beli di Noor Arfa Batik harga RM20.00. Sehelai lagi aku beli di Pasar Payang harga RM15.00, siap jahit di kedua-dua tepi kain tetapi tidak pada kain yang aku beli di Noor Arfa Batik terpaksa pulak kita sendiri yang jahit.
Yang purple tu Kain Batik Lepas Noor Arfa, satu lagi dari Indonesia.

BATIK SARONG

Sempat juga aku membeli beberapa helai kain batik sarong di kompleks baru tu. Nama kedainya
Wan Boutique Collection.








Wan Boutique Collection






Batik Sarong yang aku beli di Wan Boutique Colletion.
Ini akan menambahkan koleksi batik sarong ku yang sudah penuh sebakul besar.

BATIK COP KAIN COTTON

Di Pasar Payang aku membeli Batik Ela Cotton semeter RM14.50, agak-agak gitu le aku pun dah lupa.







Batik Ela Cotton

KAIN BATIK SUTERA

Sewaktu menghantar anak dara balik ke kolej di Terengganu selepas Hari Raya hari tu aku mengambil kesempatan pergi ke Pasar Payang. Namun kali ini telah ada satu shopping complex yang baru berhadapan dengan Pasar Payang. Aku beli sepasang sutera batik dan hubby beli sehelai baju batik kemeja .