Showing posts with label BOOKS. Show all posts
Showing posts with label BOOKS. Show all posts

Wednesday, April 29, 2009

PESTA BUKU 2009 – Kunjungan Kedua

Sehari sebelum hari terakhir Pesta Buku iaitu Sabtu 25 April sekali lagi aku pergi, tapi kali ini memang aku nak borong pun. Creative Enterprise menawarkan novel-novel yang bukan terkini dengan harga RM5.00 senaskah. Apa lagi borong….. borong……..boronglah. Yahooo…..Aku pergi ke Gerai Alaf 21 beli buku karya Lily Haslina Nasir dan Rose Iskandar(Nora Ismail) . Pekan Ilmu pula aku beli karya Abot yang di pesan oleh anak aku Zahra yang sedang belajar di Kuala Terengganu. Sebenarnya aku tak puas hati sebab aku nak beli banyak lagi, tapi malangnya ATM Machine Maybank tak ada. Kecewa benar rasa hati ku. Namun aku tetap rasa gembira sebab buku-buku yang aku beli bolehlah jadi stok untuk satu tahun. Betul ke….atau tak sampai berapa hari je…..buku-buku tu habis dibaca. Anyway aku gembira juga sekurang-kurangnya aku menyokong industri buku tempatan. Kalau tidak kita siapa lagi. Sama je novel orang putih tu…..Dari remaja dulu baca Enid Blytonlah, Sidney Sheldon lah….dan ramai lagi.Kini dah ada penulis tempatan jangan kita pelekehkan mereka. Mereka juga ada bakat masing-masing.
Koleksi buku-buku yang aku beli






Tuesday, April 21, 2009

PESTA BUKU 2009

Pesta Buku 2009 bermula 17 April tapi kami berkesempatan pergi pada hari Sabtu nak bawa budak-budak sekali. Amboi bukan main seronok Kakcik maklumlah nak jumpa menulis pujaan hati Ain Maisarah. Kakcik boleh menangis semata-mata kerana tak dapat tandatangan Ain Maisarah sebab terlalu ramai orang. Tapi aku beritahu dia “yang nak nangis tu apa pasal, pergi jelah berbaris bukan nak balik lagi. Abah ibu pun tak puas round lagi.” Dia pun pergi sementara kami terus ronda-ronda mencari buku yang berkenan di hati. Seketika kemudian dia datang jumpa kita orang dengan muka yang manis maklumlah dah dapat tandatangan dan siap bergambar lagi. Pada Ain Maisarah jika anda terbaca blog ini, itulah penangan awak kalau tak alamat menangis dan tak dapat tidurlah anak aku sorang ni.

Sementara aku pula dapat bertemu dengan ketiga-tiga penulis kegemaran ku iaitu Aina Emir, Mimie Afinie dan Norhayati Berahim. Aina Emir dengan bukunya “Matahariku”, Mimie dengan “Bila Dah Suka” dan Norhayati Berahim dengan “Setiap Jumaat”. Buku Mimie ku baca sampai ke pagi, siap tak tidur. Nasib baik esoknya hari Ahad, kalau tak mengantuklah bawa kereta menghantar dan menjemput anak-anak ke sekolah.
Bersama Aina Emir dan Mimie Afinie



Norhayati Berahim duduk dan berbaju coklat.



Yang duduk tu Lily Haslina Nasir penulis "Aku Ada Kamu"


Buku-buku yang dibeli di Pesta Buku 2009