Monday, November 3, 2008

NOVELIST

25/10/2008
Sempat singgah ke MPH di Alamanda walaupun dalam kekalutan mengejar masa untuk balik kerana anak bujang nak tengok bola maklumlah peminat Manchester United. Bila aku membelek-belek novel-novel yang ada di rak buku aku ternampak nama “Zara Aluwi” dengan judul bukunya “Belahan Jiwa” terbitan NB Kara. Terdetik di hati is that name someone that I knew before. So bila balik bukalah blog Norhayati Berahim, pergi ke link Zara Aluwi. Aku pun bacalah biodata Zara, sah memanglah dia yang aku kenal. Rupa-rupanya dah jadi penulis novel. Aku pun e-mail mengucapkan tahniah pada beliau. Its really nice to know she’s a a writer now. Tahniah again Kak Zara.

Saturday, September 20, 2008

CUSHION COVERS

20/9/2008
I manage to embroider 3 cushion covers using my machine MC350E. Ready to be used by this coming Hari Raya.












Wednesday, September 17, 2008

MUFFIN

Minggu pertama bulan puasa ni aku mencuba membuat muffin. Resepinya aku ambil dari buku Aneka Hidangan Muffin /selengagaraan Sa'adiah Mohammad.- Shah Alam : Alaf 21, 2004. Nama resepinya Muffin Si Comel.

Thursday, August 21, 2008

BATIK SARONG

13/4/2008
Aku pergi Penang singgah di Queen’s Bay ada Noor Arfa batik disitu. Tengok-tengok berkenan pula sehelai batik panjang jenama Noor Arfa.

Sulaman Tuala Muka

20/8/2008
Aku telah beli mesin sulam Janome 350E beberapa bualan yang lalu. Projek aku sekarang menyulam face towel. Hajat di hati nak jual. Manalah tahu kot ada yang berkenan nak beli di samping belajar belajar business. Bilalah nak cover balik modal beli mesin tu.
Entah le…...






Friday, February 15, 2008

KAIN BATIK LEPAS

Bukan saja kain batik lepas digunakan semasa kematian tapi ia digunakan untuk dibuat selimut, kaftan, kain sarong, baby sling, shawl dll. Kain batik lepas lebih panjang daripada batik sarong.

Koleksi Kain Batik Lepas ku

BATIK SARONG

Kenapa aku suka pada batik sarong? Adakah kerana emak aku yang sememangnya pakai kain sarong setiap hari atau pun kerana darah keturunan ku yang mengalir dalam tubuh ini. Aku tak tahu kenapa tapi sejak akhir-akhir aku gemar mengumpul kain batik sarong. Kain batik sarong banyak kegunaannya bukan sahaja dipakai basahan tetapi boleh dibuat tudung, buaian, untuk dipakai waktu mandi, baju, seluar, skirt dll. Selain itu aku suka tengok corak-coraknya yang berlatar belakang bunga-bungaan dengan pelbagai warna.

Ini koleksi kain batik ku

















Ini Kain batik Sarawak yang aku beli di Sarawak hujung tahun 2007